Isu Panas

Wan Azizah Dipilih Ganti Anwar Di Kajang

Azizah

KAJANG 9 Mac – Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih untuk menggantikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 23 Mac ini.

Azizah dipilih untuk menggantikan suaminya selepas Anwar didapati bersalah di atas pertuduhan liwatnya terhadap bekas pembantuperibadinya Saiful Bukhari Azlan.

Pencalonan Azizah diumum oleh Anwar sendiri dalam sidang media di Ibu Pejabat Keadilan, hari ini.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Anwar sebelum ini erhasrat untuk bertanding di Kajang selepas diberi laluan oleh penyandang ADUN Kajang Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah.

Namun hasrat Anwar terbantut selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun di atas pertuduhan liwatnya.

Hukuman ditangguh sementara pihak pembelaan mengemukakan rayuan dengan ikat jamin RM10,000.

– Rakyatnews.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");