Sukan Hari Ini

Wenger harap tuah 1,000

wenger

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger berharap perlawanan menentang Chelsea malam ini dapat dijadikan perlawanan yang istimewa buat The Gunners.

Dalam aksi di Stamford Bridge itu nanti, ia sudah tentu menjadi perlawanan yang menarik buat kedua-dua pasukan yang kini memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagi Wenger, sejak memimpin Arsenal lebih 17 tahun, pengendali berasal dari Perancis itu sudah merekodkan 572 kemenangan, 235 seri dan 192 kekalahan.

Perlawanan menentang The Blues itu nanti merupakan perlawanan ke-1,000 buat Wenger dan beliau berharap keputusan yang positif berpihak kepada anak buahnya.

“Ada beberapa perlawanan yang saya suka antaranya menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara pada 2011.

“Mungkin menentang Chelsea akan menjadi satu lagi perlawanan yang menarik buat saya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");