Sukan Hari Ini

Zolkeples puji skuad takraw walau tewas

takraw11

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong memuji kesungguhan ditunjukkan skuad takraw negara walaupun masih sukar menandingi pasukan Thailand.

Zolkples berkata beliau tidak meletakkan harapan tinggi kepada pemain pada final kejohanan Siri Super Akhir Istaf 2013/14 itu namun berharap pasukan yang dibarisi pemain muda berkenaan segera memperbaiki kelemahan untuk lebih kompetetif.

Pada final Siri Super Akhir Istaf 2013/14 hari ini skuad lelaki dan wanita muncul naib juara selepas tewas kepada pasukan Thailand, masing-masing dengan straight set 0-3 di Stadium Tertutup Titiwangsa.

“Pasukan kita ini adalah kombinasi baru, saya lihat prestasi pemain meningkat walaupun mereka baru sahaja dikumpulkan dan menjalani latihan.

“Walaupun skuad Thailand yang diturunkan adalah pilihan ketiga, tetapi mereka sudah berpengalaman, mereka mempunyai ramai pemain jadi ada banyak pilihan dalam setiap posisi.

“Pemain kita kali ini masih baru dan muda, saya lihat mereka gementar ketika perlawanan tadi dan jurulatih perlu segera memperbaiki kelemahan itu kerana perlawanan akhir situasinya berbeza,” katanya kepada pemberita di sini.

Zolkples turut memuji prestasi skuad wanita negara apabila melayakkan diri buat pertama kali pada pentas final kejohanan tersebut.

“Saya tidak menyangka skuad wanita kita layak ke final, prestasi mereka lebih baik berbanding ketika beraksi di Sukan SEA, Myanmar tahun lepas.

“Nampaknya mereka telah memperbaiki kelemahan itu, saya berharap pasukan wanita juga dapat meningkatkan lagi prestasi pada kejohanan lain selepas ini,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");