Jenayah

19 peniaga pengotor berdepan kompaun

kompaun

KUALA SELANGOR – Akibat tidak menjaga kebersihan premis dengan tidak menyediakan tong sampah, 19 peniaga berdepan 20 kompaun dalam operasi kebersihan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di kawasan tumpuan orang ramai.

Operasi yang diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan MDKS, Jefriee Ab Manaf itu meliputi kawasan Desa Coalfields, Pekan Sungai Buloh, Jalan Sasaran Sungai Buloh, Taman Assam Jawa, Stadium Utama Kuala Selangor, Taman Industri Alam Jaya dan Shah Alam 2, Puncak Alam.

Setiausahanya, Azahari Sairin menjelaskan, operasi tertumpu di kawasan premis kedai yang gagal mematuhi notis dan baner yang dipasang pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak Mac lalu.

“Notis yang menyarankan pemilik premis menyediakan tong sampah untuk menjaga kebersihan kedai masing-masing bagaimanapun gagal dipatuhi sehingga menyebabkan mereka dikenakan kompaun.

“Tujuan notis itu diberikan adalah untuk mendidik masyarakat menjaga kebersihan dan pentingnya kemudahan tong sampah di setiap premis bagi menggalakkan pembuangan sampah dengan betul,” katanya.

Azahari berkata, selain kedegilan pemilik premis menyediakan tong sampah, MDKS turut berdepan dengan masalah longgokan sampah haram di lokasi pinggiran dan kawasan pasar awam.

“Tidak mahu masalah sampah berterusan, MDKS menetapkan operasi kebersihan sebanyak tiga kali dalam tempoh sebulan dengan dua kumpulan ditugaskan untuk penguatkuasaan sebelah pagi dan malam.

“Satu kompaun juga dikenakan terhadap individu yang dikenal pasti membuang sampah haram di kawasan operasi sebagai pengajaran kepada orang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");