Jenayah

2 polis cedera kereta terbalik

polis 1

Melaka: Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik ketika mengejar sebuah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Taman Ciptaco, Jalan Tun Abd Razak, Ayer Keroh di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, kereta peronda polis (MPV) berkenaan sedang mengejar sebuah Proton Wira dipercayai dinaiki penjenayah dari arah Ayer Keroh ke pusat bandar.

Menurut sumber, bagaimanapun sebaik tiba di persimpangan itu, Proton Wira berkenaan membelok ke kiri ke arah Taman Ciptaco.

“MPV itu mengekori tetapi terlanggar bahu jalan mengakibatkan kenderaan berkenaan hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik.

“Sejurus kemalangan, kereta dipercayai tidak mempunyai nombor pendaftaran itu memecut laju ke arah taman terbabit dan meloloskan diri,” katanya.

Menurutnya, kemalangan mengakibatkan kedua-dua anggota berkenaan masing-masing cedera di siku dan kepala.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");