Sukan Hari Ini

48 pasukan berentap futsal hotel

futsal

SEJUMLAH 48 pasukan lelaki dan wanita di sekitar Lembah Klang akan bersaing pada Cabaran Futsal Antara Hotel 100Plus 2014 di Sports Planet Ampang pada 20 April ini.

Karnival edisi keenam itu merupakan acara tahunan bagi pekerja hotel anjuran Zuhas Sports.

Pengarah urusan Zuhas Sports, Zulkarnain Mohd. Zain berkata, karnival ini merupakan penghargaan untuk para pekerja hotel yang memainkan peranan besar dalam industri pelancongan negara.

Katanya, sambutan kali ini amat menggalakkan berbanding musim lalu sehingga memaksa penganjur menolak beberapa penyertaan termasuk pasukan yang tidak memenuhi syarat pertandingan.

“Menerusi karnival ini dapat menghimpunkan warga kerja sektor perhotelan untuk beriadah, bertukar-tukar idea dan melakukan aktiviti sukan yang sihat selain menjalinkan hubungan yang baik antara pekerja dengan majikan,” katanya pada majlis undian karnival itu di ibu negara baru-baru ini.

Pada majlis itu penganjur turut menerima penajaan daripada pengeluar minuman isotonik, 100Plus yang diwakili, Mohd. Fauzi Ahmad.

Pada tiga edisi terdahulu, Hotel Marriott Putrajaya unggul sebagai juara dan penampilan mereka pada kali ini tetap dilabel sebagai pasukan pilihan.

Zulkarnain berkata, hadiah keseluruhan sebanyak RM5,000 ditawarkan kepada pemenang selain dua piala penaja kejohanan iaitu Piala 100Plus serta piala iringan bagi kategori lelaki dan wanita.

“Kesemua pasukan yang bertanding perlu bermain dengan penuh semangat sukan yang tinggi,” katanya.

Antara pasukan yang akan mengambil bahagian adalah Berjaya Time Square, Double Tree, Traders, Grand BlueWave, Royale Bintang dan Mandarin Oriental A.

Turut mengambil bahagian ialah Awana Genting, Royale Chulan Kuala Lumpur, Concorde Shah Alam, Istana Hotel, Furama A dan B serta Royale Chulan Damansara.

-kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");