Isu Panas

Abdul Khalid dipujuk tarik diri?

khalid daPujian Sultan Selangor dengan kecekapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mentadbir kerajaan Selangor sejak 2008, menyebabkan pihak tertentu yang terlibat dengan pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR tidak senang duduk.

Ini kerana, pujian Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan kejayaan Abdul Khalid memacu ekonomi negeri itu selama enam tahun berturut-turut dikhuatiri akan memberi undi tidak berbelah bahagi perwakilan kepada Menteri Besar Selangor itu, yang turut bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR Mei ini.

Justeru, sejak kelmarin, Abdul Khalid dikatakan didatangi pihak tertentu yang memintanya menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan menjanjikan sesuatu yang ‘manis’ sebagai ganti.

Namun, Abdul Khalid dikatakan tidak terpengaruh dengan janji itu dan akan meneruskan hasratnya bertanding dalam pertembungan enam penjuru, iaitu rekod paling ramai merebut jawatan Timbalan Presiden sejak PKR ditubuhkan 15 tahun lalu.

Jawatankuasa Pemilihan Parti menetapkan esok sebagai tarikh akhir kepada calon yang hendak bertanding semua jawatan berpeluang menarik diri.

Setakat ini, hanya Tian Chua yang dikatakan akan menarik diri daripada merebut jawatan Timbalan Presiden dan akan kekal sebagai penyandang Naib Presiden PKR.

Menurut sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid didatangi beberapa orang yang menjanjikan beliau kekal sebagai Menteri Besar, tetapi dengan syarat perlu menarik diri bagi membolehkan pencabar utamanya, Mohamed Azmin berdepan dengan calon lain.

Bagaimanapun, katanya, team Abdul Khalid telah menasihatkan Menteri Besar itu agar tidak terpengaruh dengan pujukan pihak tertentu, sebaliknya memberi tumpuan lebih agresif mendekati perwakilan untuk mendapatkan lebih banyak undi.

– Malaysiagazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");