Sukan Hari Ini

Agenda belum selesai

sultan ahmad shah 1

Kuala Lumpur: Misi yang belum selesai bakal mendorong Sultan Ahmad Shah untuk bertanding di Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-50 bagi mempertahankan jawatan presiden badan induk itu, pada 25 Mei depan.

Selepas 30 tahun menerajui badan induk bola sepak tanah air itu, beliau masih lagi mendapat kepercayaan ahli gabungan apabila dicalonkan untuk bertanding merebut kerusi tertinggi itu bersama dua lagi calon iaitu anaknya yang juga Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sehingga kini selepas tempoh pencalonan berakhir bulan lalu, ketiga-tiga calon ini termasuk Sultan Ahmad Shah masih belum menyatakan pendirian sama ada menerima pencalonan itu atau menarik diri.

Bagaimanapun menurut sumber dalaman FAM, Sultan Ahmad Shah dijangka bertanding untuk terus mengekalkan kedudukannya bagi penggal 2014/18 kerana masih ada beberapa agenda yang belum diselesaikan termasuk pembinaan ibu pejabat baru FAM di Putrajaya.

“Buat masa ini Tuanku (Sultan Ahmad Shah) masih belum membuat keputusan, tapi minatnya terhadap bola sepak cukup mendalam. Selain usaha pembangunan, keutamaan Tuanku ketika ini adalah untuk membina ibu pejabat baru FAM yang serba moden dan lengkap dengan kemudahan di Putrajaya.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");