Sukan Hari Ini

Azlan pamer aksi positif

motor

AZLAN Shah Kamaruzaman mempamerkan aksi positif setelah berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-18 meskipun sekadar bermula dari petak ke-33 pada perlumbaan akhir Moto2 Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Americas, Amerika Syarikat, semalam.

Lebih penting, pelumba Idemitsu Honda Team Asia itu berjaya memperbaiki catatan masa peribadi terbaik apabila merakamkan masa terpantas sepusingan 2:12.628s, jauh mengatasi catatan terbaik 2:13.795s yang dilakukan pada sesi kelayakan, kelmarin.

Azlan menamatkan 19 pusingan keseluruhan dengan masa 42:23.203s dalam perlumbaan yang dimenangi oleh Maverick Vinales (Pons HP 40) dengan masa 41:31.520s diikuti Esteve Rabat (Marc VDS Racing Team) dan Dominique Aegeter (Technomag) di tempat kedua dan
ketiga, masing-masing dengan masa 41:35.529s dan 41:38.843s.

“Setelah bergelut untuk mendapatkan masa yang baik sepanjang sesi latihan dan kelayakan, saya gembira kerana dapat menyaingi pelumba lain di dalam perlumbaan akhir dan menamatkan perlumbaan di tempat 18.

“Masih banyak yang perlu dipelajari dan boleh diperbaiki dan turut berterima kasih kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras untuk saya,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Tadayuki Okada berpuas hati setelah Azlan pamer aksi yang lebih baik pada perlumbaan akhir dan menemui kelemahannya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");