Membawang Hari Ini

Bangga hibur Obama

hiburan

Pejuang makyung negara Rosnan Rahman sangat berbangga dan terharu apabila diberi peluang membuat persembahan bagi tatapan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dalam majlis Jamuan Negara di Istana Negara Jalan Duta, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Dalam persembahan bertemakan ‘Nuance of Rebab Fantasy’ itu, Rosnan bergabung dengan penyanyi pop soprano Syafinaz Selamat.

Majlis Jamuan Negara dihoskan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah Hamidun sempena lawatan rasmi Presiden AS itu ke Malaysia selama tiga hari bermula kelmarin.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan anggota Kabinet.

Selain Rosnan dan Syafinaz, turut membuat persembahan adalah Zainal­abidin dan Jaclyn Victor. Keempat-empat mereka turut menyanyikan lagu We Are The World pada akhir persembahan itu.

Rosnan berkata, ia satu penghormatan buat dirinya dan kesenian makyung yang sudah pun diiktiraf sebagai Warisan Seni Dunia.

“Ketika saya bersalaman dengan Obama, beliau juga mengucapkan tahniah kerana tertarik dengan persembahan itu,” katanya.

Sementara itu, Zainal berkata, disebabkan sering menerima jemputan menyanyi di Istana Negara dia tidak kekok, malah berasa bangga dapat menyanyikan lagu bahasa Malaysia di hadapan Obama.

“Setiap kali ada majlis santapan di Istana Negara saya akan menjadi antara artis yang dipanggil untuk mengadakan persembahan. Walaupun rasa biasa saja, saya gembira kerana dapat menghiburkan Obama.

“Apatah lagi, saya menjadi seorang daripada artis Malaysia yang menyanyi di hadapan beliau, ia adalah sesuatu yang sangat membanggakan buat diri saya.

“Lebih membanggakan lagi apabila selesai majlis, Obama terus berjalan ke arah saya dan mengucapkan tahniah dan terima kasih sebanyak tiga kali kerana membuat dia gembira dan berpuas hati dengan persembahan saya pada malam itu,” katanya yang menyanyikan lagu Hijau dan Kau Di Hatiku.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");