Membawang Hari Ini

Bedah vs Joyah: Bikin penonton pecah perut

bedah vs joyah

BAGI yang pernah menonton telemovie Bedah Tong Gas dan Joyah, pastinya masih teringat aksi pelakon utamanya yang mencuit hati.

Sempena ulang tahun TV9 yang ke-8, kedua-dua telemovie yang mendapat tontonan tertinggi menerusi slot Skrin Di 9 ini, digabungkan menjadi drama bersiri enam episod.

Diterbitkan dua produksi Zeel Production Sdn. Bhd. dan ZK Creative Production Sdn. Bhd, drama bersiri arahan Nazir Jamaluddin ini menemui penonton setiap Sabtu, jam 8.30 malam, bermula 5 April lalu.

Mengulas mengenai drama ini, Nazir berkata idea untuk menggabungkan dua telemovie ini datangnya dari hasil perbincangan pihak stesen TV.

“Selepas dua telemovie ini mendapat rating tontonan tinggi, pihak TV9 bersetuju untuk menggabungkan menjadi satu cerita yang lebih panjang.

“Penonton pastinya sudah mengetahui bahawasanya kedua watak utama ini mempunyai ragam dan perangai pelik sehingga memeningkan keluarga mereka. Namun, kami menerapkan nilai positif dan elemen kekeluargaan yang erat,” jelasnya.

Meskipun ada pengikut tersendiri, menerusi beberapa telemovie sebelum ini; Bedah Tong Gas, Bedah Tong Gas Nak Raya, Bila Joyah Masuk TV, dan Bila Joyah Dah Goyah, menurut Nazir gandingan kali ini turut diberi nafas baru.

Malah pelakon utamanya, Noor Khiriah (Bedah) dan Jasmin Hamid (Joyah) masih dikekalkan.

“Drama ini jadi lebih gamat bila dua pelakon ini bergabung. Sepanjang penggambaran pun kami memang terhibur dengan keletah mereka.

“Malah saya yakin penonton akan turut terhibur dengan gelagat mereka yang sering bersaing antara satu sama lain,” katanya.

Selain Noor Khiriah dan Jasmin Hamkid, drama ini turut dibintangi Bell Ngasri, Syanie Hisham, Syuhaida Abraz, Kazar dan Rozita Che Wan.

Tarikan Bell Ngasri

Lebih menarik, Nazir berkata Bell terpaksa mengalas tugas besar apabila memegang dua watak dalam satu masa.

Katanya, watak Bell terpaksa ditukar kerana dia turut membintangi kedua-dua telemovie tersebut sebelum ini.

“Mulanya ia agak merumitkan, kemudian pihak kami mencapai kata sepakat untuk menjadikan Syak dan Johari (Bell) sebagai adik beradik kembar.

“Apa pun, kami bernasib baik kerana hanya Bell sahaja yang berlakon dalam kedua telemovie ini. Jika tidak kami terpaksa memikir jalan atau cara untuk menghidupkan watak yang sedia ada,” ujarnya.

Bedah vs Joyah, bermula dengan kisah Joyah yang berpindah ke kampung Bedah untuk memulakan hidup baru kerana Daud mahu tinggal di rumah pusaka peninggalan keluarganya yang terletak di sebelah rumah Bedah dan Pak Kulop.

Pada mulanya, hubungan Bedah dan Joyah mesra tetapi mula bercakaran apabila Joyah tanpa sengaja telah merosakkan motor Bedah.

Sejak itu apabila bertemu pasti ada sahaja karenah dan ragam Bedah dan Joyah yang memeningkan kepala Pak Kulop dan Daud.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");