Sukan Hari Ini

Belum pasti

bola 4

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah masih belum pasti sama ada baginda akan bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau cuba mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang disandangnya sekarang.

Baginda meminta semua pihak menunggu hingga mesyuarat Exco FAM Sabtu ini (19 April) untuk mengetahui sama ada beliau bertanding jawatan Presiden atau cuba mengekalkan jawatannya sekarang.

“Saya susah sikit nak jawab, banyak perkara telah diperkatakan. Seperti yang dititah oleh Sultan (Presiden FAM Sultan Ahmad Shah), bersabarlah.

“Kita akan mengetahuinya dalam masa lima hari lagi,” titah baginda pada satu sidang akhbar di Hotel Royale Chulan di ibu negara semalam.

Tengku Abdullah menegaskan hanya anggota-anggota gabungan sahaja yang boleh mengesahkan keputusan pencalonan lebih awal untuk pemilihan kepimpinan tertinggi FAM yang dibuka sebulan sejak 24 Februari lepas.

“Yang boleh menjawab soalan itu ialah anggota gabungan. Pencalonan ini melibatkan dua, tiga personaliti, VVIP, (Sultan Ahmad Shah), Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail).

“Elok saya tidak buat kenyataan selanjutnya,” titah baginda.

Ketika ini, Tengku Abdullah dilihat sebagai calon terbaik untuk memegang jawatan presiden FAM yang baharu.

Difahamkan, baginda telah menerima pencalonan terbanyak daripada ahli-ahli gabungan FAM untuk jawatan tersebut menjelang Kongres FAM pada 25 Mei depan.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan dua nama besar di sebut-sebut untuk mencabar kedudukan Presiden FAM ketika ini, Sultan Ahmad Shah iaitu Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Kita perlu tunggu dan sabar. Masanya akan tiba juga sebelum senarai pencalonan diumumkan nanti.

“Secara jujur, buat masa ini, saya hanya mengikut situasi serta perkembangan terbaharu menjelang Kongres FAM nanti,” titah Tengku Abdullah.

Tengku Abdullah ketika ini dilaporkan telah menerima pencalonan terbanyak daripada ahli gabungan FAM untuk jawatan presiden iaitu 12 pencalonan berbanding Sultan Ahmad Shah (lima) dan Tunku Ismail (tiga).

Baginda turut dicalonkan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang iaitu timbalan presiden.

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");