Jenayah

Budak hanyut dalam longkang

hanyut dlam longkang

AMPANG – Niat baik seorang budak lelaki mengambil bola takraw rakannya di dalam sebuah longkang bertukar tragedi apabila dia terjatuh dan hanyut dibawa arus deras di Kampung Melayu Ampang, petang semalam.

Mangsa, Khairul Azrid Abdul Razak, 11, pada mulanya dikatakan hanya memerhatikan beberapa rakannya bermain sepak takraw sebelum bola itu terlantun lalu termasuk ke dalam longkang berhampiran.

Menurut salah seorang daripada mereka, Mohamad Muqyrz Mizal Mohamad Tarmizi, 10,  Khairul Azrid menawarkan dirinya untuk mengambil bola berkenaan.

“Dia berjaya capai bola tu, tapi tiba-tiba arus deras menolak Khairul Azrid ke dalam longkang.

“Saya dapat pegang tangan dia, tapi terlepas sebab arus air terlampau laju,” katanya.

Sementara itu ibu mangsa, Norliza Zaabah, 40-an berkata, kebiasaannya waktu persekolahan anak bongsunya itu tamat jam 1 petang namun semalam dia pulang lewat kerana menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah.

“Sewaktu saya ke sekolah, nampak ramai orang berkerumun di sekitar sungai di situ. Mereka beritahu anak saya lemas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, seramai 45 anggota yang terdiri daripada polis, bomba serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat diperluaskan sehingga ke pusat membeli-belah Ampang Point, iaitu kira-kira 1 kilometer daripada lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Khairuldin berkata, semua anggota agensi penguatkuasa akan akan berada di lokasi kejadian sehingga mangsa ditemui.

Setakat jam 9.30 malam tadi, mangsa masih belum dijumpai.

Turut hadir dalam melawat operasi mencari menyelamat ialah Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");