Jenayah

Cermin kereta kena baling batu

kena baling batu

KULIM – Seorang kakitangan Kumpulan Media Karangkraf, Noorizwan Idris yang tinggal di Taman Cengal terkejut apabila mendapati cermin belakang kereta Proton Waja miliknya pecah dipercayai dikhianati orang.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika dia dan keluarganya sedang nyenyak tidur.

Katanya, ketika kejadian dia terdengar bunyi letupan kuat di luar rumah dan menyangka anjing liar sedang menyelongkar tong sampah.

“Saya hanya mengetahui kereta saya mengalami kerosakan pada keesokan harinya. Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapapun. Dari pemeriksaan dibuat mendapati, seketul batu yang besar digunakan untuk memecahkan cermin kereta.

“Saya kemudiannya menunggu waris sebelum membuat laporan di Balai Polis Kulim. Beberapa suspek mungkin terlibat dalam melakukan perlakuan khianat ini kepada saya,” katanya.

Menurutnya, sepanjang bulan ini beberapa kejadian pecah cermin kereta dilaporkan berlaku di sekitar kawasan taman perumahan itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");