Sukan Hari Ini

Daren: Kritikan buat saya kerja keras

badminton

PEMAIN perseorangan negara, Liew Daren enggan memikirkan kritikan pelbagai pihak terhadap kemampuannya menghadapi saingan Piala Thomas yang bakal berlangsung di New Delhi, India pada 18 hingga 25 Mei depan.

Menurut Daren, tumpuannya kini hanyalah untuk memperbaiki prestasi dan segera sembuh daripada kecederaan buku lali sebelum berlepas ke India.

“Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal kritikan, yang penting saya perlu cepat perbaiki prestasi sebelum Piala Thomas.

“Saya juga akan sentiasa bekerja keras dan memburu mata dalam kejohanan berpasukan berprestij dunia itu,” katanya.

Bagaimanapun Daren mengakui, kritikan dilemparkan terhadapnya sedikit sebanyak melonjakkan semangat beliau untuk terus bekerja keras.

Justeru itu katanya, Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Korea Selatan pada 22 hingga 27 April ini akan dijadikan penanda aras kebangkitannya bagi menjawab kritikan pelbagai pihak yang meragui kemampuannya itu.

“Saya masih ada ABC untuk membuktikan kemampuan. Walaupun undian ABC belum keluar lagi, tapi saya menyasarkan untuk ke separuh akhir.

“Selepas terlepas dua pertandingan akibat kecederaan, itulah satu-satunya peluang saya buktikan kemampuan. Saya yakin kecuali pemain China, saya boleh menang jika berdasarkan rekod pertemuan kami,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");