Jenayah

Denggi: Kes di P Pinang meningkat 392 kes

denggi

GEORGETOWN – Kes demam denggi di Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga 12 April lepas meningkat kepada 602 berbanding 210 kes untuk tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata, sebanyak tiga kematian direkod dalam tempoh itu berbanding tiada kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

“Kes demam denggi meningkat sebanyak 392 kes atau 187 peratus bagi tempoh itu dengan empat lokaliti wabak terkawal iaitu Lintang Bunga Raya di daerah Seberang Perai Utara, Perkampungan Berapit di Seberang Perai Tengah (SPT), Taman Manggis dan Medan Sungkai di Timur Laut dan satu lokaliti hotspot iaitu di Taman Desa Damai di SPT,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mencegah pembiakan Aedes yang mengundang demam denggi.

Dr Afif berkata, Jabatan Kesihatan juga meminta kerjasama masyarakat untuk melakukan pembersihan kawasan sekitar secara kerap setiap minggu.

Beliau menasihatkan mereka yang mengalami demam dan tanda-tanda penyakit denggi seperti sakit sendi, muntah, ruam dan kurang selera makan supaya mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital.
– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");