Jenayah

Detik cemas di selekoh tajam

kemalangan 10

Kuala Pilah: Seorang pegawai tentera yang dalam perjalanan pulang ke Kuantan untuk menyambung tugas selepas bercuti pada hujung minggu berdepan detik mencemaskan apabila terbabit nahas jalan raya, petang kelmarin.

Kemalangan berlaku jam 5.30 petang di Kilometer 6, Jalan Kuala Pilah-Bahau, dekat Kampung Pelangai, di sini, membabit sebuah kereta dan dua lori.

Difahamkan, ketika menghampiri satu selekoh tajam, tiba-tiba sebuah lori tiga tan dipandu Ameer Salleh, 31, dari Juasseh memasuki lorong bertentangan dan menuju tepat ke arah kereta PROTON Preve dipandu mangsa, Mejar Zulfazli Zamri, 36.

Menurut Zufazli, dia yang memandu sendirian dalam perjalanan dari rumah keluarga di Port Dickson menuju ke Kem Batu 10, Kuantan, Pahang.

“Saya cuba mengelak sambil menekan brek, tetapi gagal kerana pada waktu kejadian hujan lebat dan jalan agak licin.

“Akibat rempuhan kuat menyebabkan lori terbabit berpusing beberapa kali dan pada masa sama, sebuah lori tangki dari arah Kuantan cuba mengelak lalu terbabas ke tebing kiri jalan sebelum merempuh sebatang pokok durian.

“Saya bernasib baik kerana beg udara kereta berfungsi dengan baik,” katanya ditemui di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Sementara itu, ketiga-tiga pemandu terbabit mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke HTAN untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu lori tangki E Rajah Guanaraj, 57, berkata, dia dalam perjalanan ke Seremban selepas menghantar minyak diesel di Kuantan, Pahang.

“Selepas melalui selekoh tajam di tempat kejadian, tiba-tiba saya ternampak satu kemalangan yang jaraknya hanya beberapa meter saja.

“Bagi mengelakkan dari merempuh mereka, saya menghalakan lori ke kiri jalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum berhenti di sebatang pokok durian,” katanya ketika ditemui di HTAN.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");