Isu Panas

Dewan Himpunan Penyokong PAS bantah laksana hudud

hudud
Kota Bharu: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw sanggup kehilangan jawatan demi mempertahankan pendiriannya mengenai pelaksanaan hukum hudud tidak wajar dikuatkuasakan.

Malah, Pang Chaw mengingatkan PAS bahawa masyarakat bukan Islam yang memainkan peranan penting mengembalikan kegemilangan parti itu dan kerana itu, PAS perlu mendengar pendapat mereka.

“Saya tidak kisah sekiranya jawatan hilang hanya kerana saya menegaskan perkara betul. Ingin saya tegaskan di sini, di mana perjuangan PAS sebenar, sama ada semata-mata untuk agama atau parti.

“Saya tidak pernah menolak hudud kerana tahu ia adalah sebahagian daripada syariat Islam. Namun untuk melaksanakan hukum itu perlu melihat secara keseluruhan positif dan negatifnya, termasuk memikirkan perasaan rakyat bukan Islam.

“Jawatan yang saya disandang tidak boleh dibawa mati, sebaliknya hanya prinsip perjuangan akan diingati oleh rakyat. Sehubungan itu, saya tidak gentar untuk berpegang kepada pendirian saya dan bersedia sekiranya dikenakan tindakan,” katanya ketika dihubungi BH.

– Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");