Jenayah

Diberkas selepas ragut

diberkas

GEORGETOWN – Seorang lelaki diberkas setelah cuba meragut telefon bimbit milik seorang wanita di hadapan pusat beli belah di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa dikatakan sedang duduk di hadapan pasar raya berkenaan sambil membaca mesej sebelum suspek datang dan merampas telefon bimbit berkenaan.

Mangsa yang terkejut menjerit meminta tolong dan jeritannya disedari beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Menurut sumber, mangsa cuba mengejar suspek namun lelaki berkenaan berjaya meloloskan diri.

“Bagaimanapun tidak lama kemudian datang seorang lelaki menyerahkan semula telefon bimbit berkenaan selepas melihat suspek yang melarikan diri membuang telefon itu.

“Susperk juga berjaya diberkas sepasukan anggota polis yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Ismail berkata, mangsa yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai jurujual tidak mengalami sebarang kecederaan manakala suspek yang cedera akibat dibelasah ketika ditahan orang awam dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");