Laporan Eksklusif

Dr M: Memang liat nak terima kekalahan

image (7)

Mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr. Mahathir Mohamad menyempurnakan majlis pelancaran buku “Saya,SPR dan Pilihan Raya” yang ditulis oleh (kanan) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar sambil disaksikan oleh (kiri) Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Yaacub di Pameran Buku Grup Karangkraf pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-33 di PWTC. – Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI:-

KUALA LUMPUR – [VIDEO] Kekalahan dalam sesuatu pilihan raya memang sukar untuk diterima sehingga ada yang sanggup mengadakan demonstrasi jalanan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Serentak dengan itu jugalah katanya pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pihak yang menang malah tidak terkecuali pihak yang mengendalikan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

“Apabila kita kalah, agak liat nak terima yang kita dah kalah. Sebab itu kita lihat di beberapa negara dunia, pihak yang kalah akan buat demonstrasi dan menuduh proses itu tak dibuat dengan baik.

“Bila ada tuduhan ini SPR akan hadapi tuduhan sama…tapi dalam pilihan raya tetap ada yang menang, ada yang kalah,” katanya ketika memberi ucapan perasmian buku ‘Saya, SPR dan Pilihan Raya’ di dewan pameran Kumpulan Media Karangkraf, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa SPR menjalankan tugas dengan baik dan telus sepanjang mengendalikan proses pilihan raya di negara ini

“Di Malaysia, tidak pernah tidak, parti lawan menang beberapa kerusi.

“(Kerajaan) pilihan raya umum lalu menang sedikit. Kalau ada penipuan, mustahil parti lawan menang banyak. Ini membuktikan SPR menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Beliau berpendapat buku tulisan bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar wajar menjadi bahan rujukan golongan muda.

“Saya harap buku ini dibaca golongan muda supaya mereka faham. Mereka lahir selepas merdeka dan terdedah dengan propaganda asing.

“Sepatutnya mereka pelajari dan baca pengalaman kita dalam bidang pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, menurut Wan Ahmad buku sulungnya itu ditulis berdasarkan pengalaman dan pengamatannya sepanjang berkhidmat di bawah SPR.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");