Membawang Hari Ini

Fesyen muslimah Rebecca Nur Islam melampau

Rebecca (kiri) pada majlis hari jadi rakannya di sebuahhotel di Kuala Lumpur:-

“Ini bukan soal fanatik agama atau tidak tetapi kalau selebriti nak bergaya tutup aurat, biarlah mengikut syarak. Bukan begini caranya.”

Itu kata seorang peniaga di Jalan Masjid India, Norkhairi Kassim berhubung cara berpakaian pelakon Rebecca Nur Islam yang kononnya menutup aurat.

Sambil menyifatkan perbuatan pelakon itu seperti menghina agama Islam, Norkhairi meminta aga ada pihak yang Persatuan Artis Seniman boleh menegur daripada menimbulkan kemarahan orang ramai.

“Seniman kena tegur kerana dia ni artis. Fesyen yang digayakan pada hakikatnya tidak langsung menutup aurat.

“Saya tak tahu siapa yang menjadi penasihat pelakon ini tetapi tolonglah, jangan menghina agama Islam sampai ke tahap ini,” katanya sambil menunjukkan gambar pelakon itu yang tersebar di Internet.

Tambah Norkhairi lagi, Rebecca sebagai artis yang dikenali ramai sepatutnya sedar bahawa cara dia berpakaian mungkin boleh mempengaruhi peminatnya terutama golongan remaja yang cetek ilmu.

“Kalau nak berpakaian begini, baik jangan bertudung terus. Orang tak akan personal pun sebab dia tu artis,” ujarnya.

– MalaysiaGazatte

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");