Isu Panas

Gelagat memalukan pembangkang di Dewan Rakyat

gambar pembangkang_2

Gelagat Ahli Parlimen pembangkang yang membuat kecoh sambil bergelak ketawa, membuat bising dan bergambar dengan kain yang ditulis ‘tidak hendak kepada GST’ sebaik sahaja kumpulan Ahli Parlimen Australia keluar dari bangunan dewan persidangan:-

Setiap kali Dewan Rakyat bersidang, mata sentiasa tertumpu kepada barisan pembangkang kerana pelbagai gelagat boleh dilihat.

Setiap kali juga apabila Ahli Parlimen pembangkang bangun sama ada hendak membahaskan usul atau mencelah perbahasan, mereka lebih suka membuat provokasi bagi mengamatkan suasana.

Yang pasti, tanpa pembangkang, Dewan Rakyat akan bersidang dalam keadaan lesu, ibarat hidup tanpa cahaya lampu.

Bagaimanapun, selain pandai melakukan provokasi sesuatu isu, pembangkang juga bijak berlakon, terutama ketika Dewan Rakyat dikunjungi tetamu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau delegasi luar negara.

Sebagaimana semalam, Dewan Rakyat menerima tetamu dari Australia iaitu sekumpulan Ahli Parlimen yang hadir untuk menyaksikan bagaimana Parlimen Malaysia bersidang dan kehadiran itu diambil kesempatan oleh pembangkang untuk berdrama.

Ini berlaku kepada Mohamed Azmin Ali yang bercakap dalam bahasa Inggeris memburuk-burukkan isu GTS dengan harapan kumpulan Ahli Parlimen Australia tahu apa yang berlaku.

Tindakan Ahli Parlimen Gombak itu kemudian ditempelak oleh Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang bangun menegur Mohamed Azmin seolah mengadu kepada pihak luar mengenai perancangan negara.

Perang mulut kedua-dua Ahli Parlimen itu ditegur oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin kerana mereka berbahas dalam bahasa Inggeris.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika mengulas gelagat barisan pembangkang berkata, lakonan mereka sempat dirakamnya untuk rakyat melihat dan membuat penilaian.

Katanya, ketika tetamu dari Australia ada dan kamera litar tertutup (CCTV) dalam Parlimen dipasang, semua pembangkang menunjukkan mimik muka garang, sedih, marah dan kecewa.

“Tetapi sebaik sahaja Ahli Parlimen Australia keluar dan CCTV ditutup, serentak itu juga semua Ahli Parlimen pembangkang tersenyum dan berjenaka.

“Bukan itu sahaja, pembangkang juga bergelak ketawa, bergambar selfie, berceloteh dan macam-macam gelagat lagi mereka lakukan, yang jika dipertontonkan di luar, akan menjatuhkan imej mereka,” katanya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");