Sukan Hari Ini

Gergasi Merah gah di Shah Alam

bola 1

PANTELIDIS melakukan tandukan ke gawang Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 1-0.

AWANG import, Steve Pantelidis muncul wira apabila meledak gol tunggal bagi membantu Selangor menewaskan Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Pantelidis sebelum ini dikatakan bakal disingkirkan bagi memberikan laluan kepada pemain import baharu, Clebinho menyertai Gergasi Merah

Pada babak pertama, skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu bermula garang seawal minit pertama apabila percubaan tepat, S. Kunanlan dinafikan penjaga gol Lions XII, Izwan Mahbud.

Tujuh minit berselang, tiba giliran wakil Singapura itu menguji kubu Selangor yang diterajui penjaga gol, Mohd. Farizal Marlias menerusi sepakan percuma.

Begitupun, percubaan tepat daripada kapten Lions XII, Safuwan Baharudin tersasar.

Saat-saat yang dinantikan lebih kurang 20,000 penyokong setia Selangor akhirnya tiba apabila Pandetelidis merobek gawang Lions XII pada minit ke-24.

Tersentak dengan jaringan itu, anak-anak buah Fandi Ahmad kembali mengatur gerak tetapi keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kunanlan hampir berjaya menggandakan kedudukan tetapi bekas pemain Negeri Sembilan itu gagal mempamerkan penyudah berkesan apabila percubaannya tersasar pada minit ke-57.

Peluang terbaik Lions XII untuk menyamakan kedudukan hampir menjelma sebaik memperoleh sepakan percuma, namun Safuwan masih gagal menewaskan Farizal pada minit ke-61.

Pantelidis sekali lagi mencemaskan benteng pertahanan Lions XII menerusi tandukan hasil sepakan penjuru tetapi gagal menembusi gawang Lions XII pada minit ke-80, sekali gus keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");