Sukan Hari Ini

Hafiz kian digeruni

kian digeruni

KIAN menyerlah, bintang Pahang, Mohd Hafiz Kamal sememangnya bukan nama asing buat peminat bola sepak Tok Gajah dan tempatan apatah lagi terkenal dengan gelaran “Pakar Sepakan Percuma”.

Skil jaringan menarik dan beberapa jaringannya dianggap gol terbaik, anak kelahiran Pantai Remis, Manjung Perak ini antara pemain yang semakin menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

ISI KEKOSONGAN

Malah dengan peningkatan prestasinya, memikat perhatian pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan itu baru-baru ini dalam aksi saingan kelayakan Kumpulan D Piala Asia 2015 menentang Yemen.

Ini membuktikan kemampuan pemain berusia 26 tahun itu yang memiliki kekuatan kaki kiri dan kian serasi berganding bersama rakan sepasukan, Azidan Sarudin, Hafiz antara tonggak utama buat Tok Gajah musim ini meninggalkan kekosongan yang ditinggalkan arkitek musim lalu, Mohd Amirulhadi Zainal.

Setakat ini, Hafiz menjaringkan tiga gol dalam saingan Liga Super manakala satu di pentas Piala FA, pemain yang menggunakan nombor 21 itu sering kali jarang gagal menghampakan pasukan setiap kali diberikan peluang mengambil sepakan percuma.

PERLU ATASI

Malah sebelum ini, dalam saingan suku akhir Piala FA ketika berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hafiz muncul penjaring dan mengesahkan Pahang mara ke pentas separuh akhir apabila menyempurnakan sepakan pada minit-minit terakhir permainan dan pengendali The Cops, Dollah Salleh mengakui nasib pasukannya akan berakhir kerana sedar dengan kemampuan pemain itu.

Namun satu aspek yang perlu diperbaiki Hafiz, mengawal emosi di atas padang kerana dia juga muncul antara pemain yang sering menerima kad kuning dan terbaru ketika berdepan T-Team, Sabtu lalu.

BELUM PUAS

Hafiz ketika ditanya Ultras Sinar mengakui masih belum berpuas hati dengan prestasinya setakat ini dan masih banyak kelemahan perlu diperbaiki bagi memastikan pencapaian Pahang pada musim ini lebih cemerlang.

“Perjalanan liga masih panjang, saya ingin nak meningkatkan lagi prestasi sekali gus dapat terus menjadi kesebelasan utama pasukan.

“Memang setakat ini, saya semakin serasi berganding bersama Azidan dan harapnya keserasian itu terus dapat memberikan manfaat buat Pahang musim ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");