Membawang Hari Ini

Hafiz kurus kerana dadah?

hafiz

Kepada para peminat Hafiz Suip, pasti mereka menyedari kelainan penampilan artis berbakat besar yang seorang ini. Iyalah, tubuh badan makin mengecil dari hari ke hari.

Mana taknya, sejak akhir-akhir ini susuk tubuh Hafiz kelihatan sudah semakin kurus. Dengarnya, ukur lilit pinggang Hafiz kini 27 sentimeter dan kadang-kadang seluar dibeli di bahagian kanak-kanak.

Justeru, ramai juga yang cemburu melihatnya juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu semakin langsing.

Tapi ada juga yang bimbang, mana tahu kalau-kalau Hafiz tu sakit misteri. Namun ada juga yang berfikiran bukan-bukan.

Hafiz ambil benda yang terlarang. Faham-faham sahajalah, apa lagi dadah.

“Saya berani kerana benar. Saya pun tak takut kalau orang cabar saya buat ujian air kencing. Bila-bila masa saya boleh buat ujian itu.

“Cuma saya sedih, sikap segelintir masyarakat kita tidak boleh tengok berjaya. Mula reka cerita yang bukan-bukan.

“Saya tahu hukum hakam dalam agama dan sentiasa mengelak dengan gejala yang negatif. Jadi badan saya makin kurus bukan kerana ambil dadah,” katanya tegas.

Hafiz ditemui selepas persembahannya pada majlis Minggu Setiausaha ‘A Golden Moment With Hafiz’ di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta, di sini semalam.

Jelas jejaka berusia 24 tahun itu, berat badannya pernah mencecah 78 kilogram (kg) sebelum menyertai AF7 dan kini hanya 55kg.

“Berat badan saya jenis cepat naik tapi ia akan nampak di muka dulu. Jadi, kalau saya mula perasan muka saya macam kembang, saya tahu berat badan saya sudah naik,” katanya ketawa.

Dalam pada itu, Hafiz turut menafikan mengamalkan ajaran ilmu hitam seperti menggunakan khidmat bomoh bertujuan untuk memenangi sesebuah acara atau menarik minat orang ramai.

“Saya tidak akan melakukan perkara sebegitu. Saya mencari rezeki untuk keluarga dan biarlah kejayaan yang datang diperolehi secara berkat,” katanya.

Sementara itu, mengenai persembahan A Golden Moment With Hafiz, Hafiz telah berjaya menghiburkan seramai 400 orang tetamu selepas lima tahun bergelar penyanyi.

Dia menyampaikan empat buah lagu solo iaitu Awan Nano, All Of Me, Bahagiamu Deritaku dan dua lagu duet bersama penyanyi Adira iaitu Ombak Rindu serta Muara Hati.

Afdlin Shauki yang bertindak sebagai hos majlis berjaya menggamatkan dewan dengan lawak spontannya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");