Jenayah

Hakim, kekasih khalwat diarah bela diri

mahkamah 1

Georgetown: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah di negeri ini dan pasangannya yang ditangkap khalwat empat tahun lalu, diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Adam Tumiran, 47, dan Nurul Izani Md Isa, 37, diperintahkan membela diri oleh Hakim Syarie, Zaim Mat Yudin selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes itu. Zaim menetapkan 14 hingga 16 Mei ini bagi hujah pembelaan.

Pada 2012, pasangan itu dibebaskan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas mahkamah berpuas hati dengan kesahihan kertas perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan kes berkenaan dibuka semula selepas pihak pendakwa memfailkan rayuan.

Adam dan Nurul Izani didakwa berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan negeri di Jalan Masjid Negeri, di sini, kira-kira jam 2 pagi pada 5 Disember 2010.

Pasangan itu boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Syarie, Ahmad Munawir Abdul Aziz dan Wan Faridulhadi Md Yusof mewakili pasangan berkenaan, manakala pendakwaan oleh Ketua Pendakwa Syarie, Mohd Zulkhairi Aziz.
Adam dan Nurul Izani dibenarkan ikat jamin RM1,000 seorang.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");