Membawang Hari Ini

Hans nak kahwin hujung tahun

hans isac

Serik untuk berkongsi kisah-kisah peribadi, pelakon dan produser Hans Isaac lebih selesa bercerita mengenai karier seni terbarunya. Hans yang sebelum ini sering dikaitkan dengan pelakon cantik, Neelofa enggan bercerita lanjut mengenai kisah perhubungan mereka yang tidak habis-habis disoal wartawan.

Namun menyerahkan soal jodoh pada ketentuan Tuhan dan tidak akan segan-segan memberitahu kepada semua jika sudah tiba masanya kelak.

Pun begitu, jejaka berusia 42 tahun ini mengakui sudah lama dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga, malah meletakkan sasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini untuk akhiri zaman bujangnya.

“Saya tidak mahu terlalu bercerita bimbang nanti apa yang diharapkan tidak menjadi, biarlah masa yang menentukan segala-galanya. Jika sampai waktu itu, saya akan beritahu kepada semua.

“Soal dengan siapa jodoh saya biarlah waktu itu akan menentukannya walaupun saya sedar ramai masih mengaitkan saya dengan Neelofa. Apa yang saya tahu sekarang saya sedang berusaha menyiapkan diri untuk menjadi seorang suami dan sedang dalam perancangan membina sebuah rumah untuk bakal isteri kelak.

“Sebesar manakah rumah itu ia tidak penting kerana apa yang penting saya dapat menyediakan segala keperluan yang harus diberikan oleh seorang suami kepada isterinya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas mengenai projek terbarunya, Hans yang serik mengarah filem berkata, dia sedang dalam perbincangan bagi mementaskan sekali lagi teater Supermokh yang dijangka berlangsung awal September depan di Istana Budaya (IB).

“Supermokh bakal dipentaskan sekali lagi pada 8 hingga 21 September depan. Kami mahu biarlah generasi masa kini dapat sama-sama menyaksikan sejarah kehidupan Supermokh yang mungkin mereka tidak tahu.

“Harga tiket juga mungkin akan dikurangkan dengan harapan dapat menarik lebih ramai lagi remaja dan anak muda untuk sama-sama memenuhi IB. Namun jalan cerita akan di naik taraf dengan lebih baik lagi di samping penggunaan lampu LED,” katanya.

Dalam pada itu, Hans turut berjinak-jinak menerbitkan filem tempatan dalam bahasa Inggeris yang akan dipasarkan ke Singapura.

Meskipun kelihatan sibuk, Hans tidak terlalu memaksa diri untuk melakukan semua kerja dalam satu masa yang terhad, sebaliknya dia semakin bijak mengatur jadual kerja bagi menumpukan perhatian terhadap kehidupan peribadinya.

“Saya akui sentiasa sibuk dengan pelbagai kerja, lebih menarik apabila diberi peluang menerbitkan filem tempatan dalam bahasa Inggeris dan akan dipasarkan di Singapura. Pun begitu, saya tidak mahu terlalu bekerja keras seperti dulu.

“Dengan tiga syarikat yang saya uruskan sekarang ditambah lagi pekerja yang ramai, sudah tiba masa untuk saya lebih fokus terhadap diri dan kehidupan peribadi. Kerana itu, saya memperuntukkan masa untuk bekerja dalam sehari hanya tiga jam saja.

“Selepas waktu itu saya akan melakukan kerja-kerja ringan seperti berjumpa orang untuk berkongsi apa-apa yang menarik mengenai perniagaan saya. Cukuplah sebelum ini saya pernah bekerja hampir 18 jam setiap hari,” katanya yang turut akan mementaskan teater Rejang The Musical pada tahun depan.

-Metr0

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");