Jenayah

‘Jaga emak, adik baik-baik’

jaga mak

Sungai Buloh: “Ayah… jaga emak dan adik baik-baik, saya dalam perjalanan dan sudah hampir sampai.” Itu kata-kata terakhir Mohamad Ridhwan Mahadzir, 24, kepada bapanya beberapa minit sebelum dia dan isteri Siti Aminah Mohamad Zain, 23, terkorban dalam kemalangan jalan raya, malam kelmarin.

Pasangan suami isteri itu terbunuh selepas motosikal Kawasaki Kips 150 ditunggang merempuh sebatang pokok tumbang dan melintang di atas jalan raya di Kilometer 457.5 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dekat sini, jam 12.10 tengah malam.

Apa yang memilukan ialah Mohamad Ridhwan dan isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah di Dengkil, Selangor, selepas melihat anak pertama mereka Mohd Alif Adam Syazwan yang berusia setahun enam bulan di kampung Siti Aminah di Taiping, Perak.

Bapa Mohamad Ridhwan, Mahadzir Adnan, 53, yang sangat sedih dengan kehilangan anak dan menantunya berkata, dia seperti tidak percaya apabila dimaklumkan berita kemalangan itu kerana dia baru saja bercakap dengan arwah anaknya beberapa minit sebelum kemalangan berlaku.

“Dia (Mohamad Ridhwan) telefon saya, bagi tahu dia berhenti isi minyak motosikal dan akan sampai ke rumah sekejap lagi. Dia telefon saya kira-kira jam 11.30 malam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");