Sukan Hari Ini

‘Jangan salahkan Messi’

Lionel Messi, Neymar

MADRID – Bekas jurulatih Real Madrid, John Toshack menganggap sesuatu yang tidak adil untuk menyalahkan Lionel Messi di sebalik prestasi hambar Barcelona musim ini.

Di bawah bimbingan jurulatih baharu, Gerardo Martino, skuad The Catalan mencatat tiga kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan musim ini.

Selain tersingkir daripada kempen Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Atletico Madrid pada saingan suku akhir, Barcelona turut tewas 1-2 kepada Real Madrid pada final Piala Raja Sepanyol, Khamis lalu.

Juara bertahan Liga Sepanyol semakin tertekan selepas tewas 0-1 kepada Granada, sekali gus ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Atletico.

Situasi itu mencetuskan tanda tanya selepas Messi gagal menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Namun, Toshack yang pernah membimbing Real selama dua musim berkata, pengkritik tidak seharusnya menyalahkan Messi disebalik persembahan hambar Barcelona.

“Sesuatu yang kejam untuk menyalahkan Messi. Anda tidak boleh meletakkan segala kesalahan kepadanya.

“Messi kini berada di peringkat yang tertinggi tetapi sudah tentu jangkaan tinggi sentiasa diletakkan kepadanya.

“Neymar adalah pemain yang setara dengan Gareth Bale tetapi masalah (Barcelona) perlu dipikul sebagai satu pasukan, bukannya menyalahkan seorang pemain.

“Apa yang berlaku di Barcelona sekarang adalah lumrah bola sepak kerana kadang-kadang anda berada di atas dan bawah,” katanya. – Agensi

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");