Jenayah

Kapal ketujuh TLDM berlepas bantu misi cari MH370

doa untuk mh370

LUMUT: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Auxiliary Bunga Emas Enam (BM6) berlepas dari Jeti Operasi TLDM, di sini jam 8.40 pagi tadi bagi menjalankan misi bantuan logistik mencari MH370 yang hilang.

Kapal ketujuh diarahkan untuk misi mencari ke Koridor Selatan Perairan Hindi itu dijangka tiba di lokasi berkenaan pada 25 April bagi tempoh operasi tiga bulan.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Panglima Pemerintah Bantuan, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli.

Mohamad Roslan berkata, misi diketuai oleh Pegawai Memerintah Komander J Kuharaj belayar bersama 25 kru MISC Berhad yang diserap ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dan dua pegawai dan anggota pasukan perubatan daripada Tentera Darat.

“Kita memilih BM6 berikutan jangka masa kapal yang boleh mampu bertahan lama seperti Kapal Diraja (KD) Lekiu yang masih beroperasi sejak 19 Mac lalu di kawasan pencarian,” katanya pada sidang media pada majlis Pelepasan Kapal Auxiliary Bunga Emas Enam Ke Misi Bantuan Logistik Operasi Mencari MH370 di Lautan Hindi di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut di sini.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");