Isu Panas

Ke Mana Hilangnya 160 Aduan Penipuan Pemilihan PKR? – Rahimi

anwar newApa lagi yang boleh diharapkan ahli PKR sekiranya 160 aduan rasmi daripada ahli dan pemimpin PKR sendiri pada pemilihan yang lalu masih tiada sebarang tindakan hingga kini.

Menurut Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, ahli-ahli PKR akan terus ditipu kerana demokrasi di dalam PKR tidak pernah ada.

Tegas beliau lagi jawatankuasa aduan cuma wayang pacak untuk terus menipu ahli-ahli PKR.

“Pemilihan kali ini juga hanyalah satu ‘drama’ yang telah disusun sebaik mungkin. Ini kerana hakikat sebenar parti PKR akan terus dikuasai oleh mereka yang telah dipilih oleh Anwar Ibrahim dan bukannya dipilih oleh ahli.

“Saya jangkakan akan lebih banyak masalah dan penipuan akan berlaku pada pemilihan kali ini demi memastikan kroni-kroni Anwar terus memegang jawatan,” ujarnya mengulas mengenai pemilihan parti PKR yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tambah Rahimi, sekiranya PKR telus dan jawatankuasa aduan berfungsi, sudah tentulah 160 aduan tersebut ada kesinambungannya.

“Lima tahun telah berlalu dan aduan tersebut terus berkubur tanpa ada sebarang tindakan. Oleh itu, di mana letaknya ketelusan dalam PKR? Di mana fungsi Jawatankuasa Aduan? Pemilihan kali ini juga boleh disimpulkan satu lagi retorik politik susunan Anwar Ibrahim.

“Sudah pasti dia telah mengaturkan segalanya untuk memastikan dia sentiasa mendapat sokongan,” jelas Rahimi.

Tambah beliau sepatutnya, parti PKR mendedah dan menerangkan kepada semua ahli apakah yang telah merela lakukan dan tindakan apakah yang telah diambil terharap 160 aduan yang dibuat pada pemilihan sebelum ini.

“Sekiranya tiada penjelasan, maka sudah terang lagi bersuluh ahli PKR telah bergantung harap kepada dahan yang salah.

“Ahli-ahli PKR akan terus ditipu, ditipu dan ditipu sampai bila-bila…” jelasnya lagi.

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");