Sukan Hari Ini

Kelantan buat perubahan

KELANTAN MENENTANG SARAWAK

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat perubahan drastik dalam usaha memulihkan reputasi The Red Warriors yang tercalar ekoran prestasi terumbang ambing dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) kebelakangan ini.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa menerusi entri laman sosial facebook miliknya semalam berkata, pembaharuan tersebut akan dapat dilihat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, pembaharuan tersebut meliputi barisan pemain import dan corak permainan bagi memperkemaskan lagi pasukan untuk menghadapi baki saingan liga.

“The Red Warriors bakal berubah wajah, yang sering ‘cedera’ dan buat perangai akan digugurkan dari pasukan. Disiplin dan ketegasan perlu dikembalikan.

“Beberapa pemain import tak habis-habis dengan masalah, rata-rata pemain tempatan lebih berdisiplin dan komited. Perlu beberapa tindakan drastik, rupanya membina pasukan bukan tugas yang mudah.

“Tiada siapa pun yang lebih besar daripada pasukan. Kecewa sudah tentu pasti, mengaku kalah mungkin tidak kerana kami adalah The Red Warriors,” katanya.

Annuar memberitahu, dia cukup risau melihat prestasi pemain yang berharga mahal tetapi prestasinya menurun termasuk barisan pertahanan yang semakin longgar.

“Insya-Allah rehat selama dua minggu ini bakal menyaksikan pembaharuan dengan sksuad The Red Warriors. Semua pemain cergas untuk aksi separuh akhir pertama Piala FA.

“Kita mempunyai set pemain tempatan yang bersemangat juang tinggi dan corak serangan akan diperkemaskan,” ujarnya.

Selepas mengharungi 14 perlawanan Liga Super, Kelantan kini menghuni tangga ketujuh dengan mengumpul 20 mata.

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");