Jenayah

Keluarga kaki belit

penipuan

Kuala Lumpur: Seorang pengendali syarikat umrah berusia 56 tahun dipercayai mengaut keuntungan suku juta ringgit apabila menipu dalam pakej umrah dengan turut mendapatkan khidmat tiga isterinya yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat.

Bagaimanapun, isteri pertama yang sebaya dengan suspek ditahan polis di rumahnya di ibu negara pada 9 April lalu selepas polis menerima laporan berhubung kegiatan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, polis masih memburu lelaki terbabit dan dua lagi isterinya berusia 47 dan 36 tahun untuk siasatan penipuan pakej umrah membabitkan lebih 100 mangsa.

“Mereka mendalangi penipuan itu dengan menawarkan pakej umrah pada harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Mereka dipercayai bergiat aktif sejak akhir tahun lalu kononnya untuk membantu orang berpendapatan sederhana.

“Harga pakej ditawarkan pada kadar RM3,999. Syarikat beribu pejabat di Wangsa Maju itu dikesan menawarkan pakej melalui iklan dan risalah diedarkan kepada orang ramai,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");