Membawang Hari Ini

Kini fokus kerjaya

fokus kerjaya

Sepanjang mencipta nama sebagai pelakon, Elfira Loy, 20, pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa pelakon lelaki yang digandingkan dengannya.

Antaranya Randy Pangalela, Zizan Razak, Zoey Rahman dan terbaru, Baim Wong apabila berganding dalam telefilem Untuk Terakhir Kali. Namun ia sekadar gosip serta gimik, tidak lebih daripada itu.

Menyelami hati si cantik ini, jelas pandangannya terhadap cinta berbeza daripada kebanyakan remaja seusia­nya. Baginya, tak perlu bercinta melainkan diri bersedia mendirikan rumah tangga.

Jika sekadar mahu berseronok atau tujuan lain, baik elakkan kerana ia berpotensi mengundang perkara atau gejala tidak elok. Buat masa ini, fokus Elfira pada kerjaya.

“Soal cinta belum sampai masa untuk difikirkan. Kalau bersedia bergelar isteri orang, baru saya buka hati dan bercinta. Mungkin cara saya berfikir lain dari lain.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");