Membawang Hari Ini

Konsert ‘I Am Ziana Zain’ pada 27 September depan

gambar zianaSelepas kali terakhir muncul pada konsert solo 15 tahun lalu, penyanyi Ziana Zain akan mengadakan konsert solonya di MITC Melaka pada 27 September ini

Konsert yang bertemakan ‘I Am Ziana Zain’ akan menyaksikan penyanyi yang bakal berusia 46 tahun pada 2 Mei ini menyampaikan 22 lagu dalam masa dua jam.

Ziana menyifatkan konsert tersebut sebagai mimpi yang menjadi kenyataan dan merupakan hadiah istimewa buat peminatnya yang setia menunggu berbelas tahun.

“Saya tidak menyangka pada usia yang bakal menginjak 46 tahun, penaja datang mencari saya untuk merealisasikan konsert solo saya ini.

“Saya rasa bersyukur dan berbesar hati apabila dipelawa oleh penaja namun ia merupakan tanggungjawab besar untuk menjayakannya,” katanya.

Ziana ditemui pada sidang Konsert ‘I Am Ziana Zain’ di The Royal Chulan Damansara di sini hari ini.

Kali terakhir ibu beranak empat itu mengadakan konsert solonya di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2001 yang bertemakan ‘Ziana Zain In The Park’.

Sementara itu, konsert ‘I Am Ziana Zain’ akan dibawa oleh Gold Earth Pictures Sendirian Berhad dengan kerjasama Ziana Zain Ventures.

Ziana bakal diiringi 22 pemuzik orkestra yang dipimpin oleh Aubrey Suwito selaku pengarah muzik.

Tiket dijual kepada beberapa kategori iaitu Platinum berharga (RM325), Diamond (RM255), Gold (RM155) dan Silver (RM95).

Sebagai tanda terima kasih, 100 peminat terawal membeli tiket Platinum berpeluang beramah mesra dengan Ziana pada satu majlis sehari selepas konsert berakhir.

Maklumat lanjut mengenai tiket boleh hubungi Veea di talian 012-2032508 atau Hilmi di talian 012-6884434.

Peminat yang membeli tiket di pejabat Gold Earth Pictures bermula hari ini hingga 31 Mei akan mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");