Membawang Hari Ini

Krill ditipu penganjur

krill

Siri pertama Jejak Bintang, semalam membawa kita menyelongkar kisah zaman kanak-kanak Krill sehinggalah dewasa seperti diceritakan kakaknya, Ida.

Turut didedahkan kebolehan Krill dalam muzik dan mampu bermain gitar dengan baik. Bahkan, Krill hampir menyertai band rock popular Kris yang ketika itu sedang menyiap­kan album kedua mereka, namun perasaan gerunnya terhadap penerbit M Nasir (kini Datuk) ketika itu membuatkan dia menolak peluang keemasan itu.

Sebelum mereka sekeluarga berpindah ke Se­remban, Negeri Sembilan, Krill bersekolah dari tingkatan satu hingga tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang.

Namun, kegagalan­nya menguasai bahasa Arab membuatkan dia bertukar sekolah dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George, Seremban hinggalah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun, ada hikmahnya Krill berpindah ke sekolah itu kerana di situlah dia bertemu dengan gadis bernama Ivy Zallini Abidin, 42, yang kini isterinya.

Ketika di sekolah itu juga Krill mula mendapat kawan baru dan bersama-sama menubuhkan band rock bernama Noize.

Rakannya di dalam band Noize, Ridwan Mohamad, 43, berkata, dia mengenali Krill yang turut tinggal bersama di Taman Bukit Chedang, Seremban yang waktu itu cukup aktif dalam sukan dan muzik.

“Masa mula-mula di sekolah dia sangat pendiam, tapi lama-kelamaan dia
dapat menyesuaikan diri de­ngan semua kawan-kawan.

“Kebetulan masa itu anggota kumpulan Spring pun tinggal satu kawasan dengan kami. Krill ada impian yang tinggi dan nampak cita-citanya untuk berjaya dalam bidang yang diminati,” katanya.

Menurutnya, mereka kerap masuk pertandingan band di Seremban dan Kuala Lumpur. Malah, mereka pernah ditipu penganjur yang memberikan kemenangan kepada kumpulan lain.

“Kemenangan diberikan kepada kawan kami juga. Namun, kami tak nak jadikannya isu dan terus berusaha untuk berjaya. Kami tak lemah semangat langsung,” katanya.

Ridwan berkata, selepas tamat sekolah, masing-masing mencari hala tuju sendiri dan dia bekerja di sebuah syarikat, tetapi masih mengikuti perkembangan Krill.

“Saya bangga apabila Krill muncul di TV menjadi pembaca intisari rancangan. Waktu dia bekerja di sebuah stesen radio lain, saya kerap juga berkunjung ke rumahnya di Subang ketika itu. Kami sempat juga jamming untuk melepaskan gian bermain muzik.

“Krill juga seorang yang kuat menekankan ilmu agama. Sewaktu berlangsung program Pencetus Ummah baru-baru ini, dia rajin turun padang untuk menonton. Sebagai kawan saya tumpang gembira dengan kejayaan dikecapi Krill,” katanya.

Jadi model untuk penyanyi dangdut Amelina

Mungkin ada yang tidak tahu Krill pernah menjadi model klip video lagu Semakin Rindu Semakin Asyik nyanyian penyanyi dangdut terkenal Amelina.

Orang yang bertanggungjawab menawarkan peluang sebagai model klip video itu ialah jurusolek terkenal Zul Fazli Suhadi.

Dia tertarik de­ngan penampilan Krill sebagai pembaca intisari ranca­ngan ketika itu lantas menghubungi RTM bagi mendapatkan nombor telefonnya.

“Kebetulan saya buat mekap untuk Amelina, jadi saya lihat Krill sa­ngat sesuai untuk jadi model. Penggambaran klip video arahan Rahila Ali dilakukan dalam ladang getah di Nilai, Negeri Sembilan pada jam 3 pagi, tetapi Krill tetap sabar. Dia pun tak susah dibentuk kerana ada pengalaman muncul di TV.

“Sejak itu kami terus berkawan baik. Ketika dia kahwin saya juga yang buat solekan untuk isterinya. Tak sangka selepas itu kami duduk berjiran pula di Puchong,” katanya.

Zul Fazli menyifat­kan Krill seorang suami yang penyayang dan setia pada isteri. Mungkin kerana sifat ini rezekinya murah sehingga ditawarkan bekerja dengan stesen radio ERA.

“Saya lihat rezeki­nya semakin murah selepas kahwin. Radio ERA juga meletup ketika itu, sekali gus menaikkan nama Krill. Selain itu Krill turut tersenarai
sebagai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan saya sering menaja pakaiannya.

“Hubungan kami baik sampai sekarang. Krill selalu menghubungi saya untuk bertanya khabar serta buat kejutan hari jadi dengan menelefon dari konti Sinar FM pada waktu Subuh. Saya puji Krill kerana dia jenis peramah dan ingat kawan serta paling utama, sayangkan keluarganya,” katanya.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");