Isu Panas
Like

Krisis air: MB Selangor diminta bubar DUN

April 17, 2014
96 Views
0 Comments
5 minutes read
Krisis air: MB Selangor diminta bubar DUN

gambar ramesh rao_0Ramesh Rao Krishna Naidu. menunjukkan paras air di Emopangan Sungai Selangor yang merosot pada sidang media di Petaling Jaya:-

Selangor boleh disifatkan sebagai antara negeri termaju di negara ini, namun dalam soal pengurusan air ia tidak selari dengan status itu.

Berbanding dengan penduduk di negeri lain, penduduk di Selangor kini terpaksa menyimpan air berikutan pelaksanaan catuan bekalan air yang telah berlanjutan selama tiga bulan di sesetengah kawasan.

Berikutan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana gagal menangani krisis air yang agak tenat di negeri itu.

Presiden Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishna Naidu mengecam tindakan tidak profesional kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam mengendalikan krisis air dengan memperkenalkan catuan air dan lebih membimbangkan terdapat cadangan pelaksanaan undang-undang darurat untuk menangani masalah air.

Katanya, kini persoalan apakah keadaan kini kembali kritikal seperti zaman darurat komunis sehingga membawa darurat air.

“Apa yang berlaku di DUN Selangor bukan salah Khalid, sebenarnya dia tidak mendapat kerjasama daripada parti pakatan DAP, PAS dan PKR dan segala usul yang dibawa dan dicadangkan sentiasa dibatasi atau dipersoal oleh wakil rakyat sekutunya tanpa tpersefahaman dan pendapat yang sehaluan.

“Kalau dia nak cadang atau laksana sesuatu terus mendapat bantahan. Dia tak tahu isu sudah serius sehingga beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP khasnya Bukit Damansara mendesak supaya pemberian air percuma tidak relevan kerana bersifat populariti dan perlu dihentikan segera dalam keadaan krisis sekarang yang jelas merupakan janji tipu rakyat.

“Jelas terbukti kerajaan pakatan pembangkang tidak bijak dan tidak berpengalaman mengurus tadbir dan menangani krisis air sehingga menyeksa rakyat sebegini teruk.

“Saya tak faham kerana kerajaan Pulau Pinang sejak dahulu lagi dapat mengurus tadbir air dengan baik tanpa catuan dan sebagainya walaupun kini diperintah DAP dengan kerjasama kerajaan Pusat, kenapa Selangor masih berdegil untuk bekerjasama.

“Ini amat memalukan sebagai negeri terkaya berdepan krisis air dan kalau dia (Khalid) dan kerajaan negeri tak boleh bekerjasama dengan pihak berwajib yang bersedia berganding bahu untuk menyelesaikan masalah air, baik bubarkan DUN segera dan kembalikan kuasa semula kepada rakyat,” katanya pada sidang media yang turut disertai beberapa NGO lain seperti Pertubuhan Suara Inspirasi (PSIM).

Selain itu tambah Ramesh Rao, pihaknya juga mahu kerajaan negeri menjawab ke mana perginya janji yang mahu memperkenalkan teknologi Membran yang dikatakan mampu menyelesaikan masalah air yang bakal dihadapi rakyat sebelum ini.

Kata Ramesh, bacaan paras air di Empangan Sungai Selangor ketika ini sangat kritikal dengan kadar takungan 37 peratus sahaja dan pemberian air secara adalah tidak masuk akal.

“Saya cuma boleh mengatakan bahawa rakyat sememangnya menyedari kesemua masalah dan hakikat yang sedang diterima mereka kini, tetapi membisu kerana tidak berani meluahkannya kerana mengaku membuat kesilapan dalam memilih pemerintah,” katanya.

“Oleh it, saya mencabar Anwar (Ibrahim) dan Khalid supaya tampil dengan pakar-pakar air yang berwibawa dan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk menyelesaikan krisis air yang perlu diutamakan ketika ini.

“Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli juga mempunyai mulut celupar dengan mempolitikkan isu air dengan mengatakan bahawa projek Empangan Langat 2 tidak diperlukan, sebaliknya tarif air boleh dinaikkan.

Sementara itu, Naib Pengerusi PSIM, Juud Ridzuan berkata, dia turut kecewa apabila rakyat terpaksa menghadapi masalah bekalan air yang tidak pernah dihadapi ketika pemerintahan Barisan Nasional.

“Tahun lepas kami mencabar kerajaan Selangor untuk menjelaskan bagaimana mereka mahu mengatasi krisis air dan kami bersama beberapa pakar empangan dan air bertauliah dan diiktiraf telah mengetengahkan fakta-fakta semasa bahawa krisis air bakal dihadapi negeri itu.

“Kami kali ini juga telah mengingatkan Menteri Besar Selangor bahawa paras air tidak mencukupi untuk membina empangan selain air empangan sedia ada juga menyusur kepada paras terendah.

“Lebih menyedihkan, saya nampak terlalu banyak pakar air tidak bertauliah sesuka hati mengeluarkan kenyataan bermacam-macam tanpa relevan, tetapi tidak mahu menampilkan pakar-pakar hebat itu.

“Malah catuan air ini dijangka akan berterusan sehingga Oktober ini yang pasti akan menjejaskan pelaburan serta pembangunan negeri terkaya itu disebabkan krisis air ini, dan tidak semestinya hujan turun di kawasan tadahan air akan meningkatkan paras air,” katanya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat

Leave a Reply