Jenayah

Lepas sita terus lupus

sita

KUALA LUMPUR – Sita! Itu tindakan drastik dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjajanya apabila didapati aktiviti penjajaan dikelolakan oleh warga asing sepenuhnya.

Menerusi tindakan penguatkuasaan dijalankan semalam, dua gerai disita, salah satunya terletak di Jalan Landak, setelah didapati lesen penjaja digunakan dua pelarian Myanmar menjalankan perniagaan cakoi.

Sementara satu lagi gerai di Pasar Bukit Bintang, sitaan barangan melibatkan pakaian dan beg dibuat apabila penjaja gagal menunjukkan sebarang dokumen, termasuk lesen.

Jurucakap operasi berkata, tindakan berkenaan merupakan sebahagian daripada rutin dijalankan beberapa kali dalam seminggu yang menyasarkan penjaja warga asing serta tindakan ke atas kesalahan-kesalahan lain yang melanggar syarat lesen.

Menurutnya, tindakan sita ke atas gerai dan pemilik lesen yang didapati diusahakan oleh warga asing, tidak boleh dituntut, malah akan dilupuskan.

“Kesalahan melibatkan alibaba kepada warga asing akan disyorkan untuk pembatalan lesen.

“DBKL tidak akan berkompromi terhadap isu penjaja warga asing meskipun dikatakan sebagai pembantu kerana banyak yang berselindung di sebalik nama pembantu walhal lesen dikeluarkan kepada warga tempatan disalahgunakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, dalam tindakan penguatkuasaan sama, sebanyak 60 notis kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, dikeluarkan kepada 60 penjaja di Pasar Bukit Bintang, Jalan Landak, Jalan Brunei dan Medan Selera Plaza Pudu.

“Ia membabitkan kesalahan lain seperti lesen tamat tempoh, isu kebersihan, tiada suntikan imunisasi tifoid untuk pengendali makanan dan lantikan pembantu tanpa kebenaran,” katanya.

Denda kompaun maksimum RM300 boleh dikenakan kepada pemegang lesen.

Tindakan penguatkuasaan selama empat jam itu dijalankan oleh 14 pegawai dari Jabatan Perlesenan dan Penjaja DBKL dan akan diteruskan dari masa ke semasa.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");