Jenayah

‘Mak tak pernah lupa kamu’

hilang

BUKIT RAMBAI – “Baliklah nak…seminit pun mak tak pernah lupa kamu,” kata Mery Abdul Manan, 54, ketika meluahkan perasaan terlalu rindu kepada anak perempuannya, Norfatehha Ahmad Yusoff, 23, yang kini genap tiga tahun dua bulan hilang dari pangkuan keluarga.

Menurut Mery, setiap waktu dia dan suami, Ahmad Yusoff Ab Lazat, 57, tidak pernah lupa dan mengharapkan anak keempatnya itu segera pulang kerana sudah tidak sanggup menanggung rindu.

Sementara menurut Ahmad, anaknya hanya sempat bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang selama setahun setengah sebelum menghilangkan diri bersama seorang rakan perempuan yang dikenali sewaktu bertugas.

“Dia keluar kem pada 21 Mac 2011 dan sudah tiga laporan polis saya buat selain berhabis ribuan ringgit mencari dia di seluruh negara.

“Pada 22 Februari 2011 dia ada kenal dengan seorang budak perempuan dan perangainya habis berubah.

“Pernah kami buat serbuan di rumah rakan perempuannya di Alor Gajah tetapi malangnya dia tidak ada,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Seri Rambai, dekat sini.

Mery berkata, sebelum mengenali individu itu, Norfatehha seorang anak baik dan menghormati orang tua.

“Kalau salah apapun, kami sekeluarga memang sudah maafkan dia, terima dengan reda sebab perkara dah terjadi. Terus terang cakap keluarga memang tidak akan marah dia dan binalah hidup baru,” katanya.

Menurutnya, mereka pernah menjejaki rumah kenalan perempuan itu di Alor Setar tetapi keluarga di sana langsung tidak memberi kerjasama.

Malah, akibat tindakan anaknya, pihak kem beberapa kali menemuinya berikutan Nurfatehha meninggalkan tugas selaku anggota tentera.

Orang ramai yang mengenali Nurfatehha boleh menghubungi Ahmad di talian 011-23755583 atau Juliana (019-6710452).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");