Jenayah

Mangsa belasahan tipu warden

gari

Sepang: Polis mengambil keterangan enam pelajar sebuah sekolah berasrama di Bandar Salak Tinggi di sini kelmarin, bagi membantu siasatan kejadian seorang pelajar sekolah itu retak tangan kanan dipercayai di belasah kumpulan pelajar itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam Rabu lalu, mangsa, pelajar tingkatan empat sekolah itu yang retak tangan kanan bertindak ‘menipu’ warden asrama mengalami kesakitan kerana terjatuh.

Sehubungan itu, warden asrama terbabit terus membawa mangsa ke hospital dan tangan pelajar terbabit terpaksa disimen akibat keretakan itu.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sepang Superintenden Mohd Yusoff Awang berkata, kejadian sebenar terbongkar apabila mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan memberitahu perkara sebenar kepada bapanya.

Menurutnya, dalam kejadian itu difahamkan mangsa berseorangan di bilik belajar di asrama berkenaan sebelum didatangi enam pelajar terbabit berusia 15 dan 16 tahun.

“Mereka bertindak membelasah mangsa sebelum meninggalkannya keseorangan di bilik berkenaan.

Kejadian itu berlaku dipercayai akibat perselisihan faham antara mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Yusoff berkata, selepas mengetahui kejadian sebenar, bapa mangsa terus membuat laporan di balai polis berhampiran.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");