Jenayah

Mayat tanpa pakaian ditemui

mayat tanpa pakaian ditemui

KULIM – Mayat seorang lelaki berusia 30-an ditemui dalam keadaan terlentang dan tidak berpakaian yang mana bahagian pinggang hingga kepala berada dalam sungai manakala bahagian kakinya di atas tebing kira-kira jam 5.30 pagi kelmarin.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, terdapat sekumpulan lelaki datang untuk bersembahyang di tepi sungai sebelum menemui mayat mangsa.

Cemas dengan penemuan mayat itu, mereka telah memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung.

Siasatan awal polis mendapati, terdapat kesan luka pada bahagian kepala mangsa dipercayai dipukul dengan senjata tumpul.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis berjaya menahan beberapa suspek dipercayai dapat membantu siasatan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");