Jenayah

MH370: Keluarga tidak mahu diganggu media

keluarga mangsa mh370 1

ALOR SETAR –  Ibrahim Abd Razak, bapa penumpang MH370, Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, belum bersedia untuk menemui media buat masa ini.

Ketika dikunjungi Sinar Harian di kediamannya di Jalan Kota Tanah dekat sini, malam semalam, beliau meminta supaya diberi ruang untuk tidak diganggu.

“Alhamdulillah keadaan saya baik… buat masa ini bagi saya masa, Insya-Allah kalau ada kelapangan nanti kita jumpa lagi,” katanya yang enggan ditemuramah.

Ibrahim berkata, sejak kejadian kehilangan pesawat MH370 8 Mac lalu beliau sering ke rumah anaknya di Kuala Lumpur untuk mengetahui perkembangan misi pencariannya.

Dalam pada itu, beliau akan mengadakan majlis doa selamat pada malam ini.

“Saya jemput datang rumah saya selepas Isyak malam ini, tapi janganlah tulis apa-apa. Buat masa sekarang…biarlah dulu,” katanya.

Mohamad Sofuan yang juga anak lelaki tunggal daripada lima beradik sebelum ini adalah seorang pegawai di Istana Negara.

Bagaimanapun, beliau baharu sahaja ditugaskan sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang ditempatkan di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) di Beijing, China.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");