Sukan Hari Ini

Misi pertahan takhta

litar sepang

Sepang: Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing mahu permulaan cemerlang pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini dalam usaha meraih pencapaian lebih baik berbanding musim lalu.

Pasukan yang muncul juara berpasukan kategori Underbone 130cc pada musim lalu itu bukan saja mahu mempertahankan kejuaraan itu, malah mahu menyaksikan salah satu daripada tiga pelumbanya mendominasi kategori pelumba tahun ini.

Tumpuan mereka bukan sekadar kepada kelas Underbone saja, sebaliknya Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing buat pertama kali turut menyertai SuperSports 600cc.

“Sasaran kami tahun ini lebih besar iaitu bukan saja mahu mempertahankan kejuaraan pasukan, tetapi mahu pelumba kami menang kategori pelumba dalam kelas Underbone.

“Kami juga meletakkan sasaran untuk melihat pelumba kami Mohd Fitri Ashraf Razali menamatkan kempen musim ini sekurang-kurangnya dalam kelompok 10 pelumba terbaik dalam kelas SuperSports,” kata pengurus pasukan Soon Wai Loan.

Untuk memenuhi segala impian itu, Wai Loan mahu semua pelumbanya beraksi cemerlang seawal pusingan pertama di Sepang hujung minggu ini.

“Kalau boleh kami tidak mahu terlepas banyak mata di pusingan pertama ini kerana ia penting dalam menentukan hala tuju pasukan selepas ini.

“Untuk saingan Underbone, saya mengharapkan Norizman Ismail mampu memenuhi sasaran pasukan merangkul kejuaraan pasukan dan pelumba dalam saingan ARCC,” katanya.

Selain Norizman, dua lagi pelumba yang beraksi dalam kategori Underbone ialah Ahmad Fazrul Sham dan Elly Idzlianizar Ilias.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");