Membawang Hari Ini

‘Mungkin kahwin awal tahun depan’

emma
Zizan tidak menolak untuk menikahi Emma Maembong pada Januari 2015:-

Tertanya-tanya juga adakah pasangan yang sedang hangat bercinta ini sudah menetapkan tarikh untuk berkahwin.

Sebelum ini apabila diajukan soalan sama ada bercinta mahupun tidak, kedua-dua selebriti ini menafikan dan menidakkan, selain seboleh-bolehnya mengelak daripada menjawab pertanyaan mengenai status hubungan mereka.

Bagaimanapun, berbeza keadaan sekarang apabila mereka tidak lagi bersorok, malah terang-terangan memuat turun gambar di Instagram.

Dua selebriti yang berasal dari Terengganu ini, Zizan Razak dan Emma Maembong tentunya kini asyik dilamun cinta dan merancang untuk menaiki jenjang pelamin.

Pasangan ini mula mengikat kasih sejak, Emma menyertai syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment yang juga milik Zizan. Menemui Zizan, sejurus selesai menghiburkan tetamu sempena Minggu Setiausaha bersama Datuk Siti Nurhaliza di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, petang Rabu lalu, dia tidak kekok bercerita mengenai kekasihnya itu.

Apa saja soalan peribadi yang diajukan dijawab secara profesional. Ikuti penjelasan Zizan.

B*POP: Dengar cerita bahawa Zizan dan Emma sudah ada tarikh dalam Januari tahun depan untuk berkahwin?

ZIZAN: Kalau diizinkan Tuhan, mungkin dalam lingkungan waktu itu, tapi tarikh tetap belum pun diputuskan lagi. Kami belum meletakkan tarikh yang muktamad lagi sebab saya pun belum meminang Emma. Belum meminang, jadi bagaimana boleh kami nak tetapkan tarikh?

– Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");