Categories: Membawang Hari Ini

Nabil cipta lagu untuk isteri

HUJAN renyai yang membasahi pekarangan Kampung Pengantin, Setapak, Kuala Lumpur pada hari Sabtu minggu lalu tidak membataskan majlis resepsi penyanyi Nabil Zamanhuri, 27, dan pasangannya, Adelia Citra Hapsari, 26, untuk terus berlangsung dengan penuh meriah.

Pasangan yang terlebih dahulu dinikahkan di Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor itu kelihatan begitu berseri-seri tatkala berjalan masuk ke dalam ruang persandingan sambil diiringi oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat handai.

Sama cantik, sama padan, Nabil dan Adelia terus mengukir senyuman walaupun kerap kali diusik oleh pelakon Zulin Aziz selaku pengacara majlis pada malam tersebut. Sepanjang majlis tersebut berlangsung, jelas terpancar riak gembira pada wajah tenang kedua-dua mempelai itu.

Ketika berpeluang bertemu dengan pasangan tersebut sejurus selepas tamatnya majlis resepsi itu, Nabil dengan nada gembira memberitahu, dia berasa cukup teruja dan tidak sabar untuk memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang suami.

“Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk melangsungkan majlis pernikahan dan resepsi ini bersama isteri saya, Adelia.

“Sebagai individu yang sudah memiliki status baharu, saya tidak sabar untuk menanti hari esok bagi menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami. Ia pasti memberikan sebuah pengalaman baharu untuk diri saya,” ujarnya sambil tersenyum.

Ketika ditanya mengenai keistimewaan yang ada pada isterinya, penyanyi yang mula melakar nama menerusi program nyanyian Mentor ini memberitahu, Adelia merupakan seorang wanita yang baik hati serta elok budi pekertinya.

Selain itu, wanita yang berasal dari Surabaya, Indonesia itu juga tidak pernah lokek untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Sepanjang mengenalinya, Adelia banyak menonjolkan sifat-sifat positif yang ada pada seorang wanita. Selain daripada baik hati, dia juga gemar memberikan sedekah kepada orang-orang yang kurang berkemampuan.

“Itu antara sifat yang ada pada diri Adelia yang membuatkan saya begitu tertarik dengannya,” ujar Nabil.

Cipta lagu

Dalam mengekspresikan rasa cintanya terhadap Adelia, Nabil turut menghadiahkan isterinya dengan sebuah lagu yang diciptanya sendiri. Lagu tanpa tajuk itu dipersembahkan bersama-sama rakannya sebelum acara memotong kek berlangsung.

“Pada asalnya, lagu ini merupakan lagu yang saya cipta pada masa senggang bersama rakan-rakan. Lirik yang terkandung dalam lagu demo juga bukan berkisar tentang kisah cinta kami berdua.

“Namun begitu, ketika menghadiri majlis raptai, saya terus terfikir untuk menyanyikan lagu ini sebagai kejutan untuk Adelia. Saya harap dia benar-benar terkejut,” ujarnya sambil tertawa.

Selain Nabil, majlis resepsi itu turut diserikan dengan nyanyian rangkaian lagu-lagu berunsur keagamaan oleh Lah, bekas ahli kumpulan R&B terkenal, V.E.

Turut hadir memeriahkan majlis, penyanyi bersuara lantang yang juga mentornya, Nora, hadir bersama suami, Johan Nawawi serta anak-anak.

Masak untuk Nabil

Bagi Adelia, perkahwinannya dengan Nabil merupakan satu titik permulaan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Jelasnya, banyak perkara yang perlu dipelajarinya apabila telah bergelar isteri termasuklah memasak untuk suami yang tercinta.

“Saya sudah bergelar seorang isteri, jadi saya harus belajar memasak untuk Nabil,” ujar Adelia sambil tersenyum. Adelia yang kini menetap di Kuala Lumpur bekerja sebagai ketua kompositor di syarikat penerbitan animasi, Animonsta Studio Sdn. Bhd. di Cyberjaya.

Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain sewaktu menuntut dalam jurusan Animasi Perfileman di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya.

Selepas tiga tahun bercinta, Nabil dan Adelia mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Share

Recent Posts

Bicara Kes Rasuah Azeez Rahim Dan Abangnya Bermula 16 Mac 2020

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya Datuk Abdul Latif…

34 mins ago

‘Selamat Datang De Paula Ke Perak’

IPOH: Bekas pemain skuad Bola Sepak Kuala Lumpur, Guilherme De Paula sah mengisi kuota pemain import bagi skuad The Bos…

38 mins ago

1MDB: Tuduhan Jenayah Terhadap Goldman Sachs Diteruskan

PUTRAJAYA - Malaysia akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Goldman Sachs Group Inc berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) walaupun syarikat…

56 mins ago

“Ingatkan Ahli Politik Sahaja, Tak Sangka Saya Pula Jadi Mangsa” – Zul Ariffin

“SEDANGKAN muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya,” kata pelakon popular Zul Ariffin mengenai penularan video panas…

1 hour ago

Saya Hanya Mahu Jumpa Suami Saya – Isteri Kedua Samy Vellu

IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini memutuskan pendengaran permohonan interim oleh E Meeriam Rosaline berhubung permohonan akses kepada Bekas Menteri…

1 hour ago

SPRM Buka Kes Lama ‘Mungkin Berkait Orang Berpengaruh’

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka semula fail lama yang mungkin ada kaitan dengan orang berpengaruh, kata ketua…

3 hours ago