Jenayah

Nyaris maut digigit anjing liar

nyaris maut digigit anjing

KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak nyaris maut apabila dia digigit seekor anjing liar dipercayai milik penduduk Orang Asli di kawasan ini.

Penduduk Taman Desa Kemandol, Siti Mariam Abdullah, 40, berkata, ketika kejadian, kanak-kanak terbabit sedang bermain di kawasan rumah sebelum diserang oleh seekor anjing yang sebelum itu memunggah longgokan sampah di hadapan rumah.

“Budak itu cedera di belakang badan dan berdarah digigit anjing.

“Kami bimbang sebab takut lebih ramai lagi kanak-kanak dan penduduk yang menjadi mangsa anjing liar yang dibiarkan berkeliaran,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Mariam berkata, penduduk di situ meminta pihak yang bertanggungjawab memantau anjing liar yang berkeliaran di kawasan mereka bagi menjamin keselamatan penduduk di kawasan itu.

“Penduduk dah pun panjangkan perkara ini kepada pihak terlibat untuk ambil tindakan sepatutnya kerana ia pertama kali berlaku di sini.

“Saya harap ada pihak datang pantau dekat kawasan ini agar tiada masalah lain pula yang timbul,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) ketika dalam sesi dialog Majlis Perbincangan Status Tanah bersama penduduk memaklumkan pada peringkat awal, beliau meminta Tok Batin di kawasan berkenaan membuat pemantauan supaya dapat menjalinkan hubungan baik dalam masyarakat.

Menurutnya, pemantauan awal perlu dilakukan sebelum mana-mana pihak membuat tindakan susulan seterusnya.

“Saya faham situasi berkenaan namun mengharapkan kerjasama penduduk setempat memainkan peranan dalam menjaga haiwan peliharaan mereka.

“Bagaimanapun, MDKL akan ambil perhatian aduan yang diberikan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");