Jenayah

Operasi keluarkan mayat feri karam tugas sukar

du_04.1 (1)

SEORANG penyelam terjun ke dalam laut untuk mencari mayat feri karam di luar pantai Pulau Jindo, Korea Selatan semalam.

SEOUL – Ketua operasi menarik keluar mayat dari feri Sewol, Kapten Jin-hwang dari Tentera Laut Korea Selatan semalam berkata, dia tidak mengetahui bila operasi mencari mayat mangsa akan berakhir.

Beliau memberitahu, menarik keluar mayat merupakan tugas yang sukar kerana penyelam tidak mampu berada di dalam feri yang karam itu lebih 10 minit.

Menurutnya, operasi itu lebih sukar berbanding hanya menemui mayat.

Jin-hwang berkata, kebanyakan koridor dihalang papan lapis dan serpihan lain.

“Terlalu banyak tekanan,” katanya kepada pemberita.

Dia memberitahu, para penyelam mengetahui kritikan yang dilemparkan kepada mereka bahawa mereka tidak melakukan kerja keras untuk menarik keluar mayat.

Jin-Hwang berkata, jumlah kematian kekal sebanyak 183 orang semalam.

Seramai 119 orang masih kekal hilang.

Feri itu karam pada 16 April lalu di luar pantai Pulau Jindo ketika membawa 476 orang.

Kapten feri itu, Lee Joon-seok dan 10 kru ditangkap dan didakwa melakukan kecuaian dan meninggalkan penumpang semasa ia karam. –

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");