Perak Hari Ini
Like

Outlet Produk Pegro, Forest Secret Dibuka Di Hotel [email protected]

April 14, 2014
109 Views
0 Comments
2 minutes read
no-cover

PERAK TODAY 6

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) hari ini melancarkan ‘outlet’ terbarunya di Hotel [email protected], dekat Jelapang yang mempromosikan jenama dan produk ‘Pegro’ dan ‘Forest Secret’.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Rizal Abdul Rahman, berkata pembukaan outlet ini merupakan satu pencapaian yang baik bagi agensi tersebut dan ia juga merupakan salah satu usaha untuk mengembangkan lagi perniagaan dan pasaran sedia ada.

Tambah beliau lagi, ia merupakan satu perkongsian bijak yang mengadaptasi strategi ‘Blue Ocean’ dalam bekerjasama untuk menjana ekonomi serta pertumbuhan agro industri di negeri Perak khususnya.

“Ia merupakan perkongsian bijak bagi merealisasikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan PPPNP pada 17 Januari lalu,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir diberi penghormatan merasmikan outlet yang menjual kedua-dua produk tersebut di Hotel [email protected], pagi tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembukaan outlet itu juga mampu membantu kerajaan dalam meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kadar pengangguran di Perak.

“Ia bukan sahaja memperluaskan perniagaan bagi PPPNP malah dapat meningkatkan produktiviti serta membuka peluang pekerjaan.

“Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan peratus pengangguran di negeri Perak,” katanya.

Beliau juga berkata, produk ‘Forest Secret’ tersebut merupakan satu produk kosmetik berasaskan herba yang akan dibekalkan kepada Hotel [email protected] sekaligus dilihat mampu meningkatkan ekonomi kerajaan Perak.

“Produk kosmetik seperti sabun, syampu dan losyen badan ini akan dibekalkan kepada pihak hotel bagi kegunaan penginap,” tambahnya lagi.

Ahmad Rizal juga menambah, outlet ini merupakan outlet pertama yang dibuka di rangkaian hotel Malaysia.

Jelasnya lagi, produk “Forest Secret’ juga telah menembusi pasaran negara jiran, Indonesia dengan outlet pertama beroperasi di kota Jakarta.

“Outlet yang sudah beroperasi sejak 10 bulan laluan mendapat sambutan yang menggalakan dan berkemungkinan ia akan dijual di 23 gedung kesihatan, Guardian Indonesia tidak lama lagi,” ujarnya.

Komen & Pendapat

Leave a Reply