Jenayah

Padah curi pakaian budak

padah curi

KUANTAN – Akibat mencuri pakaian kanak-kanak untuk diberikan kepada dua orang anaknya, seorang buruh dihukum penjara tujuh bulan dari tarikh ditangkap oleh Mahkamah Majistret, dekat sini, semalam.

Shaharuddin Mohames Sarip, 40, dijatuhi hukuman itu selepas mengekalkan pengakuan bersalah di hadapan Majistret Jesseca Daimis atas tuduhan mencuri 11 pasang pakaian kanak-kanak bernilai RM257.90 di sebuah pasar raya, lebih kurang jam 8.20 malam pada 20 Mac lepas.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pengadu mendapati tertuduh dalam keadaan mencurigakan dan terus keluar dari dalam premis tanpa membuat sebarang pembayaran.

Dengan itu, tertuduh ditahan oleh pekerja pasaraya dan didapati di dalam beg sandang yang dibawanya terdapat kira-kira 11 helai pakaian kanak-kanak berjenama.

Dalam rayuannya, tertuduh telah meminta hukuman penjara dan diringankan kerana tindakan tersebut dilakukan kerana terdesak ekoran permintaan daripada anak-anaknya untuk mendapatkan baju baru setelah sekian lama mereka tidak berjumpa sedangkan dia tidak mampu untuk menyediakan memandangkan hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan tidak menentu.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, ASP Abd Halim Hamat meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangkan dia juga mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Jessica kemudian mengambil kira rayuan tertuduh dan dalam masa yang sama perlu menjatuhkan satu hukuman yang boleh memberikan pengajaran kepada orang awam.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");