Sukan Hari Ini

PDRM tetap sukar digugat

bola 5

KETUA jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dollah Salleh menganggap semangat dan tahap disiplin yang tinggi merupakan kunci kejayaan pasukan itu dalam saingan Liga Premier musim ini.

Terbaharu, Sang Saka Biru melebarkan lagi rekod kemenangan musim ini selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor Darul Takzim II (Johor DT II) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam.

Menurut Dollah, beliau mengakui kemenangan itu tidak diperoleh dengan mudah dan mereka lebih bernasib baik apabila berjaya mendapatkan gol tunggal perlawanan pada lewat permainan.

“Sebenarnya kami bermain teruk juga. Semua pemain nampak letih dan tidak dapat mempamerkan prestasi sebenar tetapi saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pemain, apa yang lebih penting ialah kami berjaya meraih kemenangan.

“(Ali) Ashfaq, (Charles Souza) Chad dan barisan pertahanan juga nampak rapuh. Cuma semangat dan tahap disiplin tinggi dipamerkan para pemain membuatkan PDRM masih berjaya meneruskan kemenangan.

“Saya selalu berpesan kepada anak-anak buah saya bahawa pusingan kedua ini (Liga Premier) ini tetap mencabar, setiap pasukan akan memberi lebih daripada 100 peratus komitmen untuk tewaskan kita, contohnya pada hari ini (semalam).

“Kami seperti hilang punca tetapi alhamdulillah kami berjaya meraih kemenangan dan masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah ini. Sudah tentu saya berharap agar prestasi seperti ini dapat dikekalkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi semalam, pemain tengah, Ahmad Ezrie Shafizie Sazali muncul wira PDRM apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-85.

Tiga mata yang diraih itu menyaksikan Sang Saka Biru kini berada di landasan terbaik untuk menjuarai Liga Premier musim ini setelah mengumpul 35 mata hasil daripada 11 kemenangan dan dua seri, sekali gus berpeluang melangkah ke Liga Super.

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");